Vibe Coding Workflow Aku: Dari Idea ke Production dalam Berapa Jam
Breakdown langkah demi langkah macam mana aku bawa idea menjadi sistem live
Malam tu, semua bermula dengan satu soalan
"Abang, boleh tak kita tahu sapa yang dah booking bilik mesyuarat, tanpa aku kena tanya orang lain?"
Soalan tu datang dari seorang staff pada suatu petang. Biasa, jawapan aku akan jadi macam ni: "boleh, kita kena buat sistem. Kena cari developer, kena budget, kena tunggu." Tapi hari tu, jawapan aku lain. Aku balik rumah, buka laptop, dan jam 11 malam aku mula menulis prompt pertama.
Jam 2 pagi, versi pertama sistem mesyuarat tu dah live. Bukan prototype. Bukan wireframe. Sistem yang betul-betul boleh guna.
Itulah vibe coding. Dan hari ni aku nak kongsi workflow yang aku guna setiap kali — bukan teori, tapi yang terbukti pada lebih sepuluh sistem yang dah lari dalam production.
Langkah 1: Tulis masalah, bukan solution
Kesilapan paling besar orang mula vibe coding: mereka tulis "buatkan saya dashboard React dengan sidebar dan dark mode". Itu solution. AI boleh hasilkan, tapi ia akan jadi sistem yang cantik tapi tak menyelesaikan apa-apa.
Apa yang aku tulis selalunya macam ni: "Admin perlu nampak semua booking hari ini, boleh approve atau reject, dan user dapat tahu status dalam masa 5 minit." Itu masalah. AI akan cadangkan solution sendiri — dan biasanya pilihannya tak sangka-sangka bagus.
Langkah 2: Biar AI cadangkan struktur, aku kekal yang decide
Selepas prompt pertama, aku tak terus terima code. Aku tanya AI cadangkan architecture dulu: database apa, struktur data macam mana, flow user macam mana. Aku baca macam baca proposal kontraktor — ada yang masuk akal, ada yang over-engineered.
Contoh sebenar: masa build e-RUAI, AI cadangkan real-time sync dengan WebSocket untuk semua data. Aku tolak — polling 3 saat cukup untuk use case kami, dan server kami tak perlu tanggung beban tu. Keputusan tu jimat berbulan-bulan maintenance. AI bagi pilihan; aku yang faham konteks, jadi aku yang pilih.
Langkah 3: Build kecik, test cepat, ulang
Aku tak pernah minta AI buat seluruh sistem sekali gus. Satu feature dulu. Build, test, tengok hasil. Kalau jalan, sambung. Kalau tak, aku tanya balik dengan error message yang jelas.
Ni yang membezakan orang yang berjaya dengan vibe coding dan yang frustrated. Yang frustrated cakap "tak jadi, buat balik semua". Yang berjaya cakap "line 47 ni error TS2552 — setter ni tak exposed dari hook. Fix dengan tambah dalam return object". Makin specific, makin cepat settle.
Langkah 4: Hardening — bahagian yang tak boleh skip
Code dah jalan bukan maksud siap. Setiap sistem yang aku deliver lalu pipeline yang sama: security audit (rules, permissions, API keys), error handling, dan deployment test. Hari tu saja aku audit satu sistem dan jumpa 18 vulnerabilities — semua tertutup dalam satu petang sebab pipeline ni dah jadi rutin.
Vibe coding bukan bermaksud "biar AI buat semua, aku tidur". Ia bermaksud aku fokus pada keputusan yang penting, dan biar AI buat kerja mengtaip yang membosankan.
Hasilnya?
Sistem mesyuarat tu? Hari ni ia urus ribuan booking setahun. Mula dari satu soalan petang tu.
Kalau boss ada idea yang dah lama tergantung dalam kepala — jangan tunggu "ada masa". Masa tu takkan datang. Tapi dengan workflow yang betul, idea tu boleh jadi sistem live sebelum minggu ni habis.
Dalam artikel seterusnya, aku kongsi prompt patterns spesifik yang aku guna — yang sama aku ulang pada setiap projek. Jangan miss.